
epal yang tidak berkualiti
amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran di atas tanah.
tetapi epal yang tidak mampu dibeli
susah dipetik
susah digapai.
terkadang epal itu risau
kenapalah diriku belum dipetik.
lantas ia merendahkan martabatnya
dan menggugurkan diri
menyembah tanah.
sedangkan ia sebenarnya telah
Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.
sebenarnya epal itu terlalu tinggi
elok sifatnya
sehinggakan tiada siapa
yang berani memetiknya.
hanya pemuda yang benar2
hebat sahaja bisa memperolehinya.
mungkin bukan di dunia...
tapi mungkin di akhirat?
biarlah jodohnya bukan di dunia
asalkan cinta Ilahi mengiringinya.Insyaallah.